Sejarah Sekolah SM Bukit Gading

Sekolah Menengah Bukit Gading atau dikenali sebagai SMBG telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama asalnya "Darjah Menengah Kuang". Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 74 orang pelajar di tingkatan 1 & 2 dengan tenaga pengajar seramai 5 orang.

Semasa itu SMBG, hanya menumpang bangunan SRK Kuang sehingga tahun 1976, dan pada tahun 1977, SMBG telah mendapat bangunan sendiri, yang terletak di KM 26, Sungai Pelong dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kuang. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunana dua tingkat (Blok A dan Blok B).

Pada tahun yang sama juga, kelas tingkatan 3 telah diwujudkan dan untuk kali pertamanya peperiksaan SRP telah diadakan. Kelas Peralihan pula mula diwujudkan pada tahun 1973.

Pada tahun 1979, Blok saintis muda (Blok C), telah dibina, dan namanya sekali lagi ditukar kepada, Sekolah Menengah Bukit Gading. Pada Tahun 1984, pejabat sekolah telah diubahsuai, Balai Budaya (dewan) juga turut dibina berserta bilik mesyuarat guru.

Lagu sekolah yang pertama, telah dicipta pada tahun 1984, hasil ciptaan En. Hamid (Nazir Sekolah) dan lirikya dicipta oleh Noraini Ali yang merupakan pelajar SMBG.

Pada tahun 1986 2 buah blok 2 tingkat (Blok D dan Blok E) telah didirikan bagi menampung pertambahan pelajar. Kemudian pada tahun 1995, 2 blok bangunan kilat (Blok F dan Blok G) telah didirikan. Pada 1998 pula, sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah bilik kebal telah dibina. Pihak pentabdiran sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendirikan sebuah surau bernilai RM 60,000 pada tahun 1987. Surau ini kemudiannya telah dinaikkan taraf akhir tahun 1999 bagi menampung pertambahan pelajar dan guru yang telah mencapai jumlah seramai 2500 orang.

Dan seterusnya SMBG terus berkembang maju, memacu kemajuan dari segi kurikulum dan ko-rikulum.

0 comments:

 
Design and Posted by Xgading