Salam sejahtera......
Kepada semua bekas pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan sokongan, adalah dengan suka citanya di isytiharkan bahawasanya, persatuan bekas-bekas pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2hb Jun 2008 dengan nama : "PERSATUAN ALUMNI SMK BUKIT GADING" atau ringkasnya ASBUDI.
Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan diatas permintaan dan daya usaha bekas-bekas pelajar, bekas guru dan kakitangan serta pentadbir SMK Bukit Gading. Mesyuarat pertama telah diadakan pada bulan November 2007 dan satu Jawatan Kuasa Penaja telah dilantik untuk menyusun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk penubuhan dan pendaftaran Alumni SMK Bukit Gading ( ASBUDI ).
Alumni SMK Bukit Gading telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Selangor pada 21hb April., 2007 dan pada 2hb Jun 2008 telah berjaya didaftarkan dengan no pendaftaran : 1006-08-SEL. Terimakasih kepada Pn. Norazrin Binti Mohamad Jani, pegawai di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor yang juga bekas pelajar SMK Bukit Gading, yang banyak membantu sewaktu prosess pendaftaran dilakukan.