SUMBANGAN- YB Abdul Shukur Bin Idrus

Terimakasih diucapkan kepada YB Abdul Shukur Bin Idrus, ADUN Kuang dan juga bekas pelajar SMK Kuang kerana telah memberikan sumbangan sebanyak RM 3000.00 sebagai dana awal untuk Ahli Jawatan Kuasa melaksanakan aktiviti pendaftaran dan program promosi dan pendaftaran ahli.

Sebahagian kecil dari sumbangan ini telah disalurkan kepada PIBG SMK Bukit Gading untuk melaksanakan program " keibubapaan " yang telah dilaksanakan pada 22hb Jun, 2008 yang lepas.

Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan dari bekas-bekas pelajar atau pihak-pihak yang bersedia membantu mengembangkan matlamat pertubuhan Persatuan Alumni SMK Bukit Gading dan seterusnya membantu meningkatkan tahap pencapaian SMK Bukit Gading samada dari segi akademik, ko-kurikulom atau sahsiah pelajar.

Sila hubungi Jawatankuasa ASBUDI sekiranya anda ingin memberikan sebarang sumbangan samada dari segi wang ringgit, material atau tenaga kerja. Semoga sumbangan anda mendapat balasan dari Allah swt.

0 comments:

 
Design and Posted by Xgading