KESAHIHAN MAKLUMAT DAN DATA

Untuk Makluman :

Kepada rakan-rakan dan blogger-blogger semua, harap dapat menyebarkan maklumat tentang SMK Bukit Gading dengan TEPAT DAN BETUL. Harap tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan salah. Pagi tadi ( 08/08/08 ) saya telah singgah ke SMK Bukit Gading dan telah menerima teguran dan pandangan dari seorang guru SMK Bukit Gading berkaitan maklumat mengenai SMK Bukit Gading yang tidak tepat dan salah.

Sebagai mewakili Persatuan Alumni SMK Bukit Gading, kami tidak akan menyebarkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading tanpa mendapat pengesahan dari Pengetua atau kakitangan pengurusan SMK Bukit Gading. Setakat ini apa yang kami sebarkan adalah berkaitan dengan aktiviti ASBUDI. Saya berharap semua bekas pelajar atau sesiapa saja yang ingin mempamerkan sebarang maklumat mengenai SMK Bukit Gading, adalah diharapkan menyebarkan atau memamerkan maklumat yang tepat.

Semoga GADING08 akan menjadi tempat berkongsi maklumat mengenai SMK Bkit gading, bekas pelajar dan bekas kakitangan. Semua dijemput untuk memberikan pandangan atau komen.

Dipetik dari gadingo8

0 comments:

 
Design and Posted by Xgading